Amirul Mukminin Umar al-Khattab RA dipetik sebagai berkata:
- Sesiapa mengelak daripada berlebih-lebihan dalam berkata-kata, maka dia dianugerahkan hikmah (kebijaksanaan).
- Sesiapa mengelak daripada berlebih-lebihan dalam melihat, nescaya dianugerahkan hati yang khusyuk.
- Sesiapa mengelak daripada berlebih-lebihan dalam makan, nescaya dianugerahkan kelazatan dalam beribadat.
- Sesiapa menghindari daripada berlebih-lebihan dalam ketawa, maka dianugerahkan kewibawaan.
- Sesiapa meninggalkan bergurau, nescaya dianugerahkan wibawa yang anggun.
- Sesiapa mengelak daripada cinta dunia, maka dianugerahkan cinta akhirat.
- Sesiapa meninggalkan kesibukan meneliti aib orang lain, nescaya memperbaiki aib dirinya sendiri.
- Dan sesiapa meninggalkan daripada mengintai-intai keadaan Allah Taala, maka dia dianugerahkan kebebasan daripada kemunafikan.
Demikian antara nasihat seorang daripada sahabat-sahabat kesayangan nabi, barisan sahabat yang utama, tokoh yang terkemuka dalam sejarah kebangkitan Islam dan umatnya.
Namun, mengingatkan namanya serta mengenangkan keperibadian dan keteguhan jiwanya dengan keimanan jitu, membuatkan hati sebak, butir-butir jernih dari kelopak mata terasa seperti mahu gugur ke bumi, setelah apa yang ditohmahkan oleh individu tertentu terhadapnya…

