Menurut tulisan dalam Tanbihul Ghafilin, yang paling utama ialah orang yang mempunyai lima sifat:
1. Tekun beribadat kepada Tuhan (iaitu Allah Yang Maha Esa).
2. Sangat berguna terhadap sesama manusia (seperti suka membantu, memberikan manfaat kepada yang lain).
3. Semua orang berasa aman daripada gangguannya (ertinya tidak mengganggu atau tidak menimbulkan bahaya kepada orang lain).
4. Tidak iri hati (tidak dengki) terhadap hal orang lain (terutama kesenangan, kegembiraan orang lain).
5. Selalu bersiap (bersedia) untuk menghadapi maut (dengan ibadat, amalan yang baik).

