Menurut Imam Hasan al-Basri seperti dicatatkan, hati rosak kerana enam perkara iaitu:
1. Sengaja melakukan dosa dengan harapan bertaubat.
2. Mempelajari ilmu tetapi tidak mengamalkannya.
3. Apabila beramal (melakukan ibadat) tidak ikhlas.
4. Makan tetapi tidak bersyukur kepada Allah.
5. Tidak reda dengan bahagian (diberikan oleh) Allah.
6. Mengebumikan orang mati tetapi tidak mengambil iktibar daripadanya.
Menurut catatan, Hasan al-Basri adalah ulama besar dalam kalangan tabiin yang meninggal dunia pada 728 Masihi. Semoga Allah memberi rahmat kepadanya.

